08 August 2010

CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH

Apa itu CKHT?

CKHT @ Cukai Keuntungan Harta Tanah ialah cukai yg dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan / penjualan hartanah @ saham dalam Syarikat Harta Tanah (SHT).

Kadar Cukai

Start 1.1.2010..CKHT adalah 5% atas keuntungan yg diperolehi drpd pelupusan hartanah yg dibuat dlm tempoh 5 tahun dari tarikh pemerolehan (tempoh masa tuan rumah beli sebelum jual), transaksi lepas 5 tahun tak dikenakan cukai.

Pelupusan Yg tidak dikenakan CKHT

1) Pelupusan yg dibuat selepas 5 thn dari tarikh pemerolehan harta tsebut
2) Pemberian atas dasar kasih sayang maksudnya mcm suami kepada isteri, ibubapa kepada anak & Datuk/Nenek kpd cucu.
3) Setiap seorang warganegara @ permastautin tetap yg memohon dikecualikan drpd membayar cukai keuntungan hartanah (pengecualian ni dpt sekali seumur hidup je...bleh pilih rumah mana yg nk dikecualikan, klu ada byk umah...tapi kene pg isi borang permohonan dulu...)

Borang CKHT

Mulai 1.1.2010 ianya dikenali sebagai...

-Pelupus/ Penjual - CKHT 1A
-Pemeroleh / Pembeli - CKHT 2A

Borang mesti dihantar ke cawangan LHDNM..proses memakan masa 60 hari dari tarikh pelupusan...perkara ni lawyer boleh uruskan..

Info ni sbagi panduan je...utk maklumat yg lebih detail hubungi LHDN @ lawyer anda...

sekian

sumber... LHDN Malaysia 2010

No comments:

BUNGALOW PLOT TIARA TITWANGSA KUALA LUMPUR

Bungalow Plot For Sale Location : Titiwangsa / Setapak @ Kuala Lumpur Size : 804 sq. metres @ 8,654 sq. foot Terrain : Flat Tenur...